President Message   |   Committee   |   History   |   Membership   |   Contact Us   |   Feedback & Enquiry   |   Home

 
Advanced Search

                    Forgot your password?
Home » Education Programmes » Nurses Education »  

9.1 Penjagaan Bayi Yang Pramatang Dan Kurang Berat Badan (Low Birth Weight (Lbw) )

S1 : Apakah definisi bayi yang kurang berat badan (LBW)?

Bayi yang lahir berat badan yang kurang daripada 2500 gram. Bayi yang berat badannya kurang daripada 1500 gram dipanggil Very Low Birth Weight (VLBW). Yang lahir kurang daripada 1000 gram di panggil Extremely Low Birth Weight (ELBW)
» Read more...


8.2 Kerencatan Mental / Kecacatan

S1 : Apakah maksud kerencatan akal (mental retardation)?

Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.
» Read more...


7.3 Epilepsi

S1 : Apakah epilepsi?

Epilepsi atau kadang-kadang dikenali sebagai sawan atau 'gila babi'adalah satu penyakit yang dikenal pasti sejak zaman berzaman. Epilepsi terjadi bila perjalanan arus elektrik di dalam otak menjadi kucar-kacir dan tidak lagi berfungsi secara teratur.
Keadaan ini boleh menjejaskan mana-mana bahagian otak.
» Read more...


7.2 Meningitis

S1 : Apakah penyakit Meningitis?

Meningitis ialah penyakit di mana terdapat inflamasi selaput otak (meninges) yang disebabkan oleh microorganisma termasuk bakteria dan virus. Ia merupakan satu kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Kebanyakan kes-kes meningitis berlaku dikalangan kanak-kanak terutama dikalangan neonat dan kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Kematian dan kesan-kesan sampingan meningitis seperti palsi serebrum, kecacatan otak, pekak, dan sebagainya masih tinggi.
» Read more...


7.1 Demam Sawan

S1 : Apakah definisi demam sawan atau “febrile convulsion”?

Demam sawan adalah sejenis sawan yang berlaku dengan kehadiran demam, di antara kanak-kanak yang berusia daripada 5 bulan ke 5 tahun. Sawan ini berlaku tanpa jangkitan infeksi otak seperti radang selaput otak (meningitis). Demam sawan berlainan daripada sawan tanpa demam (epilepsi).
» Read more...


6.5 Defisiensi Glukosa-6-Fosfat Dehidrogenase

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)?

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD.
» Read more...


6.4 Purpura Trombositopenia Idiopatik (ITP)

S1 : Apakah maksud ITP dan nyatakan klasifikasinya?

ITP atau idiopathic thrombocytopenic purpura adalah penyakit kekurangan platelet yang disebabkan faktor-faktor yang masih belum diketahui. Ia di bahagikan kepada dua klasifikasi; akut iaitu jika sembuh dalam jangka 6 bulan dan kronik jika penyakit berterusan selama 6 bulan atau lebih.
» Read more...


6.3 Penyakit Leukemia

S1 : Apakah penyakit leukemia?

Penyakit leukemia adalah sejenis barah sel di mana berlakunya proliferasi sel-sel darah putih yang tidak terkawal. Ini mengakibatkan penghasilan bilangan sel-sel darah putih tak normal yang tinggi bilangannya. Sum-sum tulang yang menghasilkan sel darah merah dan sel platelet tidak akan berfungsi dengan normal disebabkan oleh bilangan sel putih yang terlampau banyak ini.
» Read more...

 
   
 
Home | Disclaimer |  Sitemap | Contact Us | Credits |

©Copyright © Malaysian Paediatric Association - MPA   2010    All rights reserved.