President Message   |   Committee   |   History   |   Membership   |   Contact Us   |   Feedback & Enquiry   |   Home

 
Advanced Search

                    Forgot your password?
Home » Education Programmes » Nurses Education »  

10.3 Imunisasi

4 September 2001

S1 :  Apakah imunisasi

Imunisasi atau pelalian ialah pemberian vaksin kepada seseorang untuk melindunginya daripada beberapa penyakit tertentu. Antibodi daripada ibu akan memberi perlindungan sementara selama lebih kurang enam bulan sahaja, maka bayi perlu diberi imunisasi supaya terlindung daripada penyakit.

Imunisasi yang diberi kepada kanak-kanak serta bayi merupakan cara yang paling berkesan dan kos efektif untuk melindungi mereka dari penyakit tuberculosis (TB), difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus (kancing gigi), poliomyelitis, campak, rubella dan hepatitis B.

 Walau bagaimanapun masih terdapat kanak-kanak yang tidak diberi imunisasi kerana kekurangan pengetahuan mengenai vaksin serta jadual imunisasi, salah faham mengenai kontraindikasi, kerisauan tentang kesan sampingan serta komplikasi vaksin.

S2 :  Apakah keimunan aktif?

Keimunan aktif diperolehi dengan memberi vaksin secara suntikan atau melalui mulut. Contoh-contoh vaksin terdiri daripada yang berikut :-

  • (i) “Live – attenuated vaccines” (vaksin hidup yang dilemahkan) seperti vaksin poliomyelitis (OPV), campak, rubella dan BCG.
  • (ii) “Killed vaccines” (vaksin mati) seperti vaksin pertussis dan inactivated poliomyelitis (IPV).
  • (iii) ‘Sub-unit vaccine’ (vaksin subunit) seperti vaksin pneumococcus, hepatitis B, influenza.
  • (iv)  “Toxoid” (toksoid) seperti vaksin diphtheria tetanus.

Kebanyakan vaksin memberi perlindungan daripada penyakit dengan merangsangkan sistem keimunan badan untuk menghasilkan antibodi. Vaksin BCG memberi perlindungan melalui keimunan sel (cell mediated immunity). OPV juga memberi keimunan tempatan (local immunity) didalam saluran usus.

S3 : Apakah keimunan pasif?

Keimunan pasif diperolehi melalui suntikan dengan imunoglobulin manusia. Walaupun perlindungan yang diberi adalah segera, tetapi ianya cuma berkesan untuk beberapa minggu sahaja. Terdapat 2 jenis imunoglobulin iaitu :

  • (i)  “Human normal immunoglobulin” (HNIG) yang diperolehi dari plasma penderma-penderma dan mengandungi antibodi terhadap virus yang kini berada di populasi umum. Contoh di mana HNIG digunakan ialah pemberiannya kepada kanak-kanak kekurangan daya pertahanan badan (immunosuppressed children) yang terdedah kepada campak sekiranya mereka belum dijangkiti penyakit tersebut. 
  • (ii)  Imunoglobulin spesifik untuk tetanus, hepatitis B, rabies dan varicella/zoster (cacar air). Imunoglobulin ini diperolehi dari darah penderma-penderma yang sedang sembuh dari penyakit-penyakit tersebut, darah penderma-penderma yang baru diberi imunisasi yang berkenaan serta mereka yang didapati mempunyai paras antibodi yangtinggi. Oleh itu setiap imunoglobulin spesifik mengandungi paras antibodi yang lebih tinggi berbanding dengan       HNIG. Contoh dimana imunoglobulin spesifik digunakan ialah pemberian “Hepatitis B imunoglobulin” (HBIG) kepada bayi yang baru lahir sekiranya ibu adalah HbsAg positif.

S4 : Bilakah bayi serta kanak-kanak perlu diberi imunisasi?

Mereka diberi imunisasi mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

 (i)   Bayi

  • Baru lahir: BCG, Hepatitis B pertama
  • 1 bulan: Hepatitis B dos kedua
  • 3 bulan: DPT dan OPV dos pertama
  • 4 bulan: DPT dan OPV dos kedua
  • 5 bulan: DPT dan OPV dos ketiga
  • 6 bulan  Hepatitis B dos ketiga
  • 9 bulan: Campak

(ii)  Kanak-kanak berusia 1-4 tahun

  • 1 ½ - 2 tahun DPT dan OPV dos tambahan pertama

(iii) Kanak-kanak sekolah

  • Darjah 1 DT dan OPV dos tambahan kedua
  • BCG (jika tiada parut)
  • Rubella (untuk pelajar perempuan sahaja 
  • Darjah 6 BCG
  • Tingkatan III Toxoid tetanus

(iv) Ibu mengandung 

  • Permulaan Toksoid tetanus dos pertama semasa kehamilan 24-28 minggu (KementerianKesihatan Malaysia menggalakkan toksoid tetanus diberi apabila kehamilan dipastikan)Toxoid tetanus dos kedua 6-8 minggu selepas dos pertama Tambahan Satu dos toxoid tetanus setiap kali mengandung

Nota : DPT- Difteria, pertussis & tetanus, DT – Difteria & tetanus

S5 : Apakah kontraindikasi kepada imunisasi?

  1. Demam kerana sakit serius. Imunisasi ditangguhkan sahaja
  1. Keadaan imunodefisiensi merupakan kontraindikasi kepada “live-attenuated vaccines”sahaja. “Killed vaccines” boleh diberi.

Keadaan imunodefisiensi termasuk :

  • (i)     sakit imunodefisiensi yang diwarisi
  • (ii)    leukemia, lymphoma, penyakit Hodgkin’s dan sebagainya. Imunisasi ditangguhkan sehingga 6 bulan selepas habis rawatan.
  • (iii)  rawatan imunosupresif dan radiasi. Imunisasi ditangguhkan sehingga 6 bulan selepas habis rawatan. 
  • (iv)  rawatan dengan kortikosteroid seperti Prednisolone 2 mg/kg/hari untuk > 7 hari atau dos rendah/sederhana tiap-tiap hari untuk > 2 minggu. Imunisasi ditangguhkan sehingga 3 bulan selepas habis rawatan. Kanak-kanak yang diberi dos rendah/sederhana selama < 2 minggu serta mereka yang diberi dos rendah selang sehari untuk jangkamasa yang lebih lama boleh diberi “live-attenuated vaccines”. Inhalasi steroid juga bukan kontraindikasi.
  1. Kehamilan “live-attenuated vaccines” tidak boleh diberi 
  1. Kontraindikasi spesifik :
  • (i)     BCG – Jangkitan HIV yang bersimptomatik 
  • (ii)    Hepatitis B – Tiada kontraindikasi
  • (iii)  Pertussis –

(a) penyakit neurologikal yang progresif seperti infantile spasms

(b) reaksi kepada dos yang lebih awal seperti

                             - anafilaksis

           - keadaan “shock”

                       - sawan dan demam dalam 72 jam

                       - demam > 40.5 C dalam 48 jam

                       - ensefalopati dalam 7 hari

  • (iv)  Difteria – tiada kontraindikasi
  • (v)   Tetanus – tiada kontraindikasi
  • (vi)  Polio – cirit-birit (vaksin diberi tetapi dos ini tidak dikira. Dos ini perlu diulangi kelak)
  • (vii) Rubella – Kehamilan
  • (viii)Campak (measles) – Anafilaksis kepada protein telur 

 Yang berikut bukanlah kontraindikasi kepada imunisasi* 

  1. Demam rendah atau sederhana < 38.5 C disebabkan oleh sakit biasa seperti batuk, selsema dan cirit-birit
  1. Penyakit kulit seperti eczema, bisul dan kurap
  1. Berat lahir yang rendah
  1. Malnutrisi
  1. Penyakit neurological yang tidak progresif seperti palsi serebrum, perkembangan lewat, sawan kerana demam, sawan yang terkawal serta sindrom down.
  1. Jaundis neonatal, kekurangan G6PD
  1. Sejarah penyakit campak tanpa bukti serologi
  1. Ibu mengandung (melainkan vaksin rubella) 
  1. Sejarah keguguran dalam ibu-ibu yang mengandung (ATT) 
  1. Jangkitan HIV (rujuk kepada BCG)
  1. Sejarah sawan di dalam keluarga 
  1. Penyakit jantung congenital

* Rujukan kepada doktor untuk membuat keputusan mengenai imunisasi adalah disyorkan. 

S6 : Apakah komplikasi imunisasi?

Imunisasi adalah selamat tetapi kadang-kadang mungkin terdapat beberapa komplikasi. Komplikasi tempatan seperti bengkak, inflamasi, bisul atau ulser di tempat suntikan perlu dirujuk kepada doktor sekiranya serius.

Demam yang rendah boleh dirawat dengan parasetamol tetapi demam tinggi, menangis tak berhenti-henti lebih daripada dua jam atau sebarang gejala-gejala neurological harus dirujuk ke hospital.

Jika terjadinya sawan atau reaksi anafilaksis, rawatan kecemasan harus diberi dahulu sebelum dirujuk ke hospital.

S7 : Bagaimana seseorang jururawat atau doktor boleh memastikan setiap kanak-kanak mendapat imunisasi yang lengkap?

Setiap kali seseorang kanak-kanak dirawat di klinik atau hospital status imunisasinya harus disemak. Sekiranya terdapat sebarang imunisasi yang belum diberi, dia mesti diberi imunisasi berkenaan sebelum meninggalkan klinik atau hospital.

Sebarang keputusan untuk menangguhkan atau tidak memberi imunisasi mestilah dibuat selepas menimbangkan dengan teliti kesan-kesan tindakan kita terhadap kanak-kanak tersebut. Di dalam keadaan ini, seseorang doktor haruslah menyediakan satu jadual imunisasi bertulis yang lengkap untuk kanak-kanak tersebut.   

Dr Neoh Siew Hong



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

Home | Disclaimer |  Sitemap | Contact Us | Credits |

©Copyright Malaysian Paediatric Association - MPA   2010    All rights reserved.