President Message   |   Committee   |   History   |   Membership   |   Contact Us   |   Feedback & Enquiry   |   Home

 
Advanced Search

                    Forgot your password?
Home » Education Programmes » Nurses Education »  

10.1 Penyusuan Ibu

4 September 2001

S1 :  Apakah keistimewaan susu ibu?

Susu ibu adalah makanan yang paling baik untuk bayi kerana is mengandungi zat makanan dalam nisbah terbaik untuk bayi. Susu ibu khususnya kolostrom (susu ibu permulaan) mengandungi bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman (seperti cirit-birit) dan alahan.

Penyusuan ibu juga mempunyai faedah untuk ibu yang menyusu. Ia membantu rahim kembali ke saiz asalnya dan juga membantu ibu memperolehi kembali bentuk badannya. Penyusuan ibu dapat mempereratkan perhubungan yang rapat di antara ibu dan anak dan ia juga melambatkan kedatangan haid dan dengan itu mengurangkan kemungkinan ibu mengandung.

(dipetik daripada “Garispanduan bagi penggalakan penyusuan ibu – Kementerian Kesihatan Malaysia. “Oktober 1988)

S2 :Berapa ramaikah ibu masih menyusu bayi mereka apabila di temui di klinik pada umur 6-8 minggu?

Di Kuala Lumpur keinginan penyusuan badan berbeza di antara kaum. Kajian kami di Universiti Hospital didapati bahawa hanya 119/493 (25%) ibu Melayu masih menyusu badan dengan sepenuhnya (tanpa memberi susu tiruan). Ibu kaum Cina dan India hanya 6/156 (4%) dan 15/251 (7%) masih menyusu bayi mereka tanpa memberi susu tiruan.  

S3 :Apakah sebabnya ramai ibu di Malaysia tidak menyusu badan?

Ramai ibu di Malaysia tidak faham keistimewaan susu ibu. Mereka juga terpengaruh oleh iklan-iklan yang disiarkan di televisyen, majalah-majalah dan surat khabar. Di pusat bandar pula kita mendapati cara hidup ibu yang bekerja tidak memberi masa untuk ibu menyusu badan. Lebih-lebih lagi ramai majikan tidak menyediakan bilik penyusuan dan crèche atau pun nurseri untuk ibu yang bertugas untuk membawa bayi mereka ke pejabat. Kadang-kadang sokongan daripada bapa pula kurang memuaskan.

S4 :Apakah kandungan susu ibu?

Susu ibu mempunyai zat-zat yang diperlukan oleh bayi yang berumur sehingga 4-6 bulan. Zat-zat ini adalah sesuai dan dalam bahagian yang optima. Bahan-bahan zat ini ialah protein, lemak, gula, vitamin, zat besi, air, garam, kalsium, fosfat dan lain-lain zat galian.

 

S5 : Susus ibu boleh mencegah bayi-bayi daripada penyakit jangkitan. Bagaimana susu ibu boleh memberi perlindungan yang istimewa ini?

Susu ibu bersih dan tidak berkuman. Selain daripada itu susu ibu mengandungi antibodi dan lain-lain bahan untuk melawan kuman-kuman.

Bayi yang diberi susu ibu diberi perlindungan daripada penyakit cirit-birit, infeksi paru-paru dan otitis media.

Najis bayi yang diberi susu ibu sentiasa berwarna kuning cair dan keluar kerap kali. Ini bukanlah cirit-birit.

S6 :Apakah lain-lain keuntungan yang boleh didapati daripada memberi susu ibu?

 Ada banyak lagi keuntungan apabila bayi diberi susu ibu.

  • Susu ibu senang dihadam (digested).
  • Susu ibu selalu sedia ada (always ready) untuk diberi kepada bayi dan tidak perlu persiapan.
  • Susu ibu tidak boleh jadi basi.
  • Penyusuan susu ibu menolong ibu memendekkan masa perdarahan selepas bersalin.
  • Susu ibu tidak boleh jadi basi, jika ditinggalkan kurang daripada 8 jam.
  • Penyusuan susu ibu menolong menjarangkan kehamilan.
  • Penyusuan susu ibu sangatlah sesuai untuk kedua ibu dan bayi. Perhubungan di antara ibu dan bayi menjadi lebih erat lagi.
  • Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih cerdik.
  • Ibu yang menyusu mengurangkan risikonya diserang penyakit barah buah dada dan ovari

S7 : Susu ibu yang baru bersalin nampaknya pekat dan kuning. Bolehkah susu ini diberi kepada bayi?

Susu ibu yang baru bersalin dipanggil ‘kolostrum’. Susu ini mengandungi lebih ‘antibodi’ dan boleh mencegah penyakit jangkitan kepada bayi. Walaupun sedikit tetapi cukup untuk bayi. Selepas 1 atau 2 minggu susu itu bertambah lebih dan jadi cecair. Susu ini mengandungi semua bahan zat untuk bayi itu membesar.

S8 : Apakah masalah memberi susu tiruan?

Susu tiruan senang dijangkiti oleh kuman terutamanya susu botol yang digunakan tidak dibersih betul dan tidak dimasakkan selepas setiap kali penyusuan. Kuman membiak dengan cepat dalam susu tiruan. Apabila bayi diberi susu yang sudah berkuman, bayi ini akan mengidapi penyakit cirit-birit.

  • Susu buatan tidak mengandungi antibody dan bahan-bahan yang boleh melindungi bayi daripada penyakit berjangkit.
  • Susu tiruan sangat mahal. Ibu-ibu yang tidak berupaya cuba menjimat dengan memberi susu jarang kali sahaja atau menyediakan susu yang terlalu cair. Ini akan menyebabkan bayi berkurangan zat dan bahan untuk membesar.
  • Kandungan zat-zat makanan di dalam susu lembu tidak seimbang dan tidak sesuai untuk bayi kita.
  • Penyakit alergi atau alahan misalnya sakit lelah, penyakit kulit eczema didapati berlaku kepada setengah kanak-kanak yang diberi susu lembu semasa bayi.
  • Bayi yang diberi susu tiruan sering mengalami perut kembong.

S9 : Berapa kerap kalikah bayi boleh diberi susu itu?

Bila-bila masa bayi itu mahu. Mula-mula bayi itu akan hisap banyak kali tetapi selepas 1 atau 2 minggu bayi akan ikut masa tertentu. Lebih kerap kali bayi hisap buah dada ibunya lebih banyak susu ibu akan keluar. Ibu itu dinasihatkan supaya memberi bayinya hisap kedua-dua buah dadanya pada setiap kali penyusuan.

S10 : Setengah ibu baru bersalin tidak minat memberi susu ibu kerana buah dada merasa bengkak dan sakit. Bagaimana mengelakkan masalah ini?

Buah dada seorang ibu yang baru bersalin berasa bengkak kerana susu bertakung di buah dada. Jika tidak dihisap atau diperah keluar buah dada akan menjadi sakit kerana dipenuhi dengan susu. Kadang-kala ibu ini akan mengalami demam.

S11 : Ada ibu yang tidak ingin menyusu bayi kerana putingnya rasa sakit. Bagaimana mengelakkannya?

Masalah ini berlaku apabila bayi tidak hisap dengan betul. Semua puting buah dada mesti didalam mulut bayi apabila dihisap.

Persiapan untuk menyusu badan patut di mulakan sebelum bayi lahir. Ini termasuk persiapan psikologi dan persiapan puting buah dada semasa mengandung.

Puting buah dada tidak perlu di cuci dengan sabun.

S12 : Apakah langkah-langkah seseorang ibu boleh ikut, untuk menambah susu ibu?

  • Ibu mesti yakin bahawa dia ada cukup susu untuk memberi kepada bayinya.
  • Ibu berehat lebih dan berasa lega semasa menyusu bayi.
  • Ibu mesti makan cukup makanan berzat dan mengambil minuman yang cukup.
  • Bayi diletak dekat dengan ibu supaya ibu senang menjaga anak.
  • Berhati-hati supaya bayi dipegang dengan betul semasa hisap susu ibu.
  • Yang penting sekali ialah ibu menyusu kerap kali-tiap-tiap 1 atau 2 jam dan apabila bayi lapar.
  • Jangan campur susu ibu dengan susu tiruan kerana ini akan mengurangkan susu ibu. Glukosa dan air juga tidak perlu diberi jika ibu menyusu dengan penuh.

S13 : Bagaimanakah seseorang ibu boleh menyusu bayinya yang pramasa atau bayi yang terlalu kecil (kurang dari 1.5kg)?

Ibu boleh memberi susu ibu yang telah diperah atau dipam. Susu ibu ini boleh diberi melalui tiub yang dimasukkan melalui hidung sampai perut (tiub nasogastrik).

S14 : Bolehkah seseorang ibu menyusu bayinya selepas Caesarean section (beranak secara bedah)

 Ibu yang bersalin secara Caesarean section digalakkan menyusu pada hari pertama lagi. Walaupun kesakitan perbedahan membuatkan penyusuan ibu sukar.

S15 : Apabila ibu lemah, bolehkah ibu menyusu?

Ramai ibu rasa lemah selepas kelahiran. Ini tidak bermakna ibu tersebut tidak boleh menyusu dengan sempurna.

Kebanyakannya, walaupun ibu itu lemah tidak payah berhenti menyusu. Kandungan zat-zat susu itu masih sama dan baik untuk menjadi sihat dan besar.

Hanya ibu yang dirawati dengan ubat-ubat tertentu tidak boleh menyusu badan (lihat apendiks 3).

S16 : Apakah 10 langkah ke arah penyusuan ibu yang berjaya?

(Lihat apendiks 2)

S17 : Apakah peranan jururawat untuk mengalakkan penyusuan ibu di Malaysia?

Kami berpendapat bahawa jururawat adalah kakitangan hospital yang paling penting. Jururawat dapat mengesan ibu yang mengalami masalah penyusuan. Apabila di kesan pihak doctor harus diberitahu. Disamping itu jururawat mesti membantu ibu tersebut dengan memahami apakah masalah yang di hadapi oleh ibu tersebut. Susu botol tidak seharusnya diberi sebagai aturan biasa. Persatuan penyusuan ibu boleh membantu memerangsang ibu dengan memberi kaunseling.

Kadang-kadang masalah penyusuan adalah masalah kurang keyakinan atau kurang memahami cara penyusuan badan. Ini selalu di dapati pada ibu yang muda dan pada kelahiran pertama. Tunjuk ajar yang baik oleh jururawat yang berdedikasi dapat mengatasi masalah ini. Suami harus di ajar supaya memberi ibu pertolongan yang dikehendaki.

Fikiran tradisional seperti “ibu terlalu penat untuk memberi susu badan” akan menghalang penyusuan ibu. Ini selalu di jumpai pada kaum Cina. Ibu-ibu Cina patut diberitahu bahawa di negara Cina dan di negara Barat lebih ramai ibu menyusu badan. Tunjuk ajar yang penuh bersemangat akan menolong ibu begini.

Ramai ibu yang miskin berpendapat susu yang dibeli dengan harga yang mahal lebih elok daripada susu badan yang percuma. Ini adalah fikiran yang tidak betul dan mesti diatasi. Caranya ialah dengan pengajaran seperti di S1. 

Ibu-ibu yang bekerja harus dinasihatkan supaya memerah susu ke dalam bekas yang bersih.Susu begini boleh disimpan selama sekurang-kurangnya 8 jam tanpa alat penyejuk dan tidak akan basi. Jika penyimpanan yang lebih lama diperlukan susu ibu yang telah diperah boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 48 jam.

Kebanyakan kes-kes di mana ibu tidak menyusu bukannya kerana ada sakit perubatan dan kita doktor dan jururawat mesti memainkan peranan yang lebih aktif untuk meningkatkan penyusuan ibu dikalangan ibu-ibu Malaysia.

UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH, SILA RUJUK KEPADA “BREASTFEEDING MANAGEMENT AND PROMOTION IN A BABY FRIENDLY HOSPITAL” TERBITAN UNICEF WHO 1993

Dr. Soh Lay Sian

Dr. Iean Hamzah Sendut



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

Home | Disclaimer |  Sitemap | Contact Us | Credits |

©Copyright Malaysian Paediatric Association - MPA   2010    All rights reserved.