President Message   |   Committee   |   History   |   Membership   |   Contact Us   |   Feedback & Enquiry   |   Home

 
Advanced Search

                    Forgot your password?
Home » Education Programmes » Nurses Education »  

9.2 Jaundis Neonat

4 September 2001

S1 :  Apakah jaundis neonat?

Jaundis neonat adalah keadaan dimana paras serum bilirubin di dalam darah melebihi normal. Paras normal serum bilirubin ialah kurang daripada 30 umol/1. Pada neonat paras bilirubin adalah melebihi nilai ini, tetapi hanya akan kelihatan jaundis di kulit dan mukosa apabila ia melebihi 85 umol/l.

S2 :  Apakah sebabnya seseorang neonat mendapat jaundis?

Punca utama jaundis pada neonat boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan yang besar iaitu jaundis fisiologikal dan jaundis patologikal. Sebelum kita memahami mekanisma jaundis, terlebih dahulu baik kita mengkaji metabolisma bilirubin.

Jaundis dan metabolisma bilirubin
Langkah 1                 
Penghasilan bilirubin :
Haem (85%) + Sumber lain
Haem oksigenase
biliverdin
bilirubin reduktase
bilirubin
Langkah 2 : Ikatan pada albumin dan pengangkutan di dalam plasma.
Langkah 3 : Pengambilan ke dalam sel-sel hepar dan diangkut di dalam sel oleh protein Y dan Z.
Langkah 4 : Konjugasi di dalam hepar, Bilirubin ---------->  bilirubin glukuronid, yes"> Uridine difosfat glukoronil transferase
Langkah 5 : Ekskresi ke dalam kanalikuli-kanalikuli hepar.
Langkah 6 : Pengaliran di dalam saluran hempedu
Langkah 7 : Degradasi di dalam usus

Dalam bayi-bayi yang lebih berusia dan orang dewasa kebanyakan bilirubin glukoronid didegradasikan kepada sterkobilinogen dan dibuang bersama najis. Sebahagian kecil mengalami dekonjugasi oleh B-glukoronidase dan diserap semula ke dalam sirkulasi. (sirkulasi enterohepatik). Walaubagaimanapun pada bayi-bayi yang baru lahir kebanyakan bilirubin di dalam usus mengalami resirkulasi melalui sirkulasi enterohepatik.

 • Jaundis fisiologikal berlaku kerana :-
(i)     Kandungan sel-sel darah merah yang tinggi pada neonat (Hb 14-20 g/dl berbanding dengan 11-15 g/dl selepas masa neonat)
(ii)    Hayat sel darah merah yang pendek pada neonat (90 hari untuk hemoglobin fetus; 120 hari pada hemoglobin dewasa).
(iii)  Pengambilan ke dalam sel-sel hepar yang berkurangan oleh protein-protein Y dan Z.
(iv)  Aktiviti enzim glukoronil transferase yang berkurangan untuk konjugas bilirubin.
(v)   Peningkatan sirkulasi enterohepatik disebabkan oleh beban yang berlebihan.

•  Jaundis patologikal berlaku di dalam keadaan dimana neonat berpenyakit.
Contohnya :
(i)     ABO incompatibility (ketakserasian ABO)
(ii)    Rh incompatibility (ketakserasian Rhesus)
(iii)  Defisiensi enzim Glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)
(iv)  Cephalhaemato.
(v)   Hipotiroid
(vi)  Jangkitan seperti septisaemia, infeksi saluran urinari.
(vii) Galaktosemia
(viii) Hepatitis virus
(ix)  Atresia biliari 
i- vi        Menyebabkan hiperbilirubinemia tidak berkonjugat. 
viii- ix     Menyebabkan hiperbilirubinemia berkonjugat. 
vii         Boleh menyebabkan kedua-dua jenis hiperbilirubinemia

S3 : Bagaimana membezakan jaundis fisiologikal dan patologikal?

Jaundice fisiologikal di pertimbangankan jika semua criteria dibawah dipenuhi :
1.      ia bermula pada hari ke 2 dan ke 3 slepas lahir
2.      SB memuncak pada hari ke 4-5 dan tidak melebihi 200 umol/L
3.      jaundis hilang pada hari ke 10 – 14 pada bayi yang cukup bulan dan 2-3 minggu pada bayi yang tidak cukup bulan (bayi pramasa)
4.      bayi mesti sihat
5.      tiada sebab-sebab lain yang menyebabkan jaundis.

S4 :  Ada sesetengah neonat memenuhi kriteria-kriteria di atas tetapi SB melebihi 200 umol/L. Apakah yang menyebabkan keadaan ini?

Keadaan ini dipanggil jaundis idiopatik dan ini disebabkan oleh sel-sel hepar yang kurang matang atau jaundis fisiologikal yang melampau. Keadaan ini dipercayai penyebab yang utama jaundis indirect. Pada bayi pramasa yang sihat nilai SB yang tertinggi mungkin mencapai 250 umol/L disebabkan oleh ketidakmatang sistem pengambilan dan konjugasi bilirubin di sel-sel hepar.

S5 :  Bagaimana cara menganggarkan paras bilirubin secara klinikal?

Pada amnya kekuningan pada seseorang bayi yang jaundis (bukan disebabkan oleh Rh incompatibility) bermula pada muka. Jika paras bilirubin meningkat kekuningan akan menurun ke bawah hingga ke kaki bayi. Anggaran kasar paras bilirubin pada bayi :

  • Bahagian badan:  anggaran sb
  • kepala dan leher:  68 – 135
  • dada:  85 – 204
  • abdomen dan peha:  136 – 272
  • lengan dan tangan bawah:  187 -306
  • tapak tangan dan tapak kaki:  306 ke atas

Jaundis boleh dilihat dengan menekan kulit melepaskan (blanching the skin) menggunakan ibu jari untuk melihat warna kulit. Pada keadaan Rh incompatibility terdapat kelewatan kekuningan pada kulit.

S6 : Apakah bahaya penyakit jaundis pada neonat?

Pigmen-pigmen bilirubin adalah toksik kepada otak. Bilirubin yang sangat berlebihan akan mengakibatkan kernikterus ; keadaan di mana otak dan korda spina berwarna kekuningan. Risiko untuk kernikterus meningkat di dalam keadaan di mana berlaku infeksi, hipoglisemia, hipoksia, acidosis, hipotermia dan prematuriti. Bilirubin-bilirubin indirect yang bebas bertanggungjawab mengakibatkan kernikterus ; oleh itu keadaan di mana albumin di dalam darah rendah adalah risiko juga. Bayi yang kernikterus boleh mati atau mengalami kecacatan neurological seperti palsi serebrum (jenis athetoid), sawan, terencat akal dan pekak.

S7 : Bagaimana jaundis dirawat?

Pada amnya, jaundis fisiologikal tidak memerlukan rawatan. Rawatan untuk hyperbilirubinaemia tak langsung (indirect) yang lebih serius adalah :
1.  Fototerapi biasanya dilakukan bila jaundis berlaku dalam masa 24 jam selepas lahir (walau apapun paras bilirubin) atau apabila serum bilirubin melebihi 200 umol/L. Fototerapi mengakibatkan bilirubin indirect berubah struktur dari yang tidak larut kepada yang larut dan diekskresi di dalam urin dan hempedu.
2.  Penukaran darah (Exchange transfusion) – ini dilakukan apabila paras SB mencecah 340 umol/L atau lebih. Ini boleh dilakukan pada paras SB yang lebih rendah jika terdapat risiko yang tinggi yang dibincangkan di atas. Kadang-kadang penukaran darah tidak dilakukan walaupun nilai SB mencapai 400-500 umol/L pada bayi yang cukup bulan (term) yang sihat. Tetapi ini mestilah diputuskan oleh pakar pediatric yang menjaga pesakit tersebut.
 3.   Merawat penyakit yang menyebabkan jaundis contohnya bayi yang mengalami infeksi memerlukan antibiotik dan bayi yang hipotiroid memerlukan tiroksin
S8 :  Bagaimanakah bayi dirawat semasa menjalani fototerapi?
1.      mata bayi mestilah ditutup untuk mencegah kerosakan pada retina
2.      pakaian bayi mestilah ditanggalkan (lampin digunakan disetengah-setengah unit
3.      suhu bayi mestilah di monitor dengan teliti
4.      pengambilan susu mungkin perlu ditambah. Bayi-bayi yang menghisap susu badan mestilah digalakkan menyusu lebih.
5.      SB mestilah diperiksa setiap 12 hingga 24 jam. Lampu fototerapi mesti di padamkan apabila darah untuk SB di ambil. Kadang-kadang ia dilakukan lebih kerap seperti dalam keadaan Rh isoimunisasi.
6.      Jarak gelombang cahaya yang efektif untuk fototerapi adalah pada jarak 425 hingga 475 nm (spectrum cahaya biru) dan irradiasi pada lingkungan 4 hingga 12 ug/nm/cm2. Irradiasi lampu-lampu fototerapi mestilah diperiksa dengan fotometer selepas 100-200 jam selepas di pakai.

S9 :  Adakah apa-apa kesan sampingan fototerapi? 

Komplikasi yang boleh berlaku akibat fototerapi adalah :
1.      kulit menjadi gelap (tanning)
2.      'Bronze baby syndrome'
3.      cirit-birit
4.      dehidrasi
5.      ruam-ruam pada kulit bayi

Walaubagaimanapun tiada kesan-kesan sampingan yang berkekalan dilaporkan.

S10 : Bagaimanakah penukaran darah (exchange transfusion) dilakukan?

Jumlah isipadu darah yang diperlukan untuk menukar 90-95% darah bayi adalah dianggarkan lebih kurang 2 kali isipadu darah dalam bayi (ie. 2 X 80 ml/kg – 160 ml/kg). Darah yang digunakan mestilah darah yang baru; walaubagaimanapun darah CPS dari tabung yang berumur kurang daripada empat hari boleh digunakan. Pada bayi yang tidak sihat atau mempunyai berat lahir yang rendah, darah yang digunakan mestilah berumur kurang daripada 48 jam jika darah yang baru tidak kedapatan. Salah satu daripada 2 cara digunakan di dalam penukaran darah :
•  1 pengambilan darah injeksi semula alikuot darah secara bergilir-gilir melalui vena umbilikus
•   2 pengeluaran yang berterusan darah bayi dari arteri umbilicus dan diseimbangkan dengan infusi darah baru yang berterusan melalui vena.
 Apabila menggunakan teknik 1 di atas setiap giliran (cycle) (pengeluaran 5, 10 atau 20 ml dan injeksi semula 5, 10 dan 20 ml) mengambil 4-5 minit dan mengambil masa 2-3 minit untuk infusi semula. Isipadu darah yang lebih rendah digunakan pada bayi-bayi yang kecil atau sakit tenat. Penukaran darah yang sepenuhnya menggunakan mana-mana teknik di atas mengambil masa 1.5-2 jam.

S11 : Bagaimanakah bayi yang menjalani penukaran darah di monitor?

Secara ideal setiap bayi mestilah di monitor secara berterusan dengan monitor EKG dan mestilah di periksa dengan teliti. Jika tidak, seorang penolong (biasanya seorang jururawat) mestilah merekodkan kadar nadi, warna dan aktiviti bayi pada setiap giliran penukaran darah.

S12 : Apakah bahaya penukaran darah ?

Bahaya penukaran darah ialah :
1.Komplikasi vascular :
-  embolisasi dengan udara atau trombi
-  trombosis
2. Komplikasi hemodinamik :
-  aritmia
3. Masalah elektrolit :
-  hiperkalemia
-  hipernatremia
-  hipokalsemia
-  asidosis
4. Infeksi/jangkitan :
-  bakteremia
-  hepatitis
5.  Masalah koagulasi :
-  kelebihan heparinisasi
-   trombositopeni
6. lain – lain :
-  kecederaan mekanikal kepada sel-sel darah merah donor.
- necrotising enterocolitis
- hipotermia
- hypoglisemia

S13 : Mengapa sesetengah bayi mengalami jaundis berpanjangan (prolonged jaundice)?

Sebagai definisi, jaundis berpanjangan berlaku apabila SB melebihi 100 umol/l selepas 21 hari pada bayi pramasa dan 14 hari pada bayi yang cukup bulan. Jaundis ini mestilah dibezakan samada jaundis berkonjugat (obstruktif) atau yang tidak berkonjugat. Sebab-sebab hyperbilirubinemia tidak berkonjugat yang berpanjangan termasuk :-
1.      Infeksi kronik, infeksi yang rendah (low-grade) (bacterial atau viral).eg. Infeksi saluran urinari.
2.      anemia hemolitik (imun, jenis sferositik atau tidak sferositik)
3.      galaktosemia
4.      hipotiroid
5.      ubat – ubatan
6.      penyakit genetic seperti Criggler – Najjar syndrome
7.      susu badan
 
Oleh itu ujian darah untuk bayi-bayi ini mestilah termasuk SB (langsung (direct) dan taklangsung (indirect), full blood picture, ujian Coomb's (direct dan indirect), urin untuk bahan reduksi, T4/TSH dan kultur urin. Jika jaundis tersebut adalah jenis obstruktif, sebab-sebab termasuk :
1.      atresia biliari
2.      hepatitis neonatal
3.      galaktosemia
4.      defisiensi alpha –1 – antitrypsin
5.      total parenteral nutrition
6.      Inspissated bile syndrome (post severe haemolytic disease)
7.      defek berketurunan (Dubin Johnson, Rotor syndrome)
 
Jika tiada diagnosis spesifik yang lain boleh dibuat, maka diagnosis perbezaan biasanya antara hepatitis neonatal dan biliary. Ujian-ujian untuk kes-kes ini termasuk :
1.      penyaringan TORCHES (penyakit-penyakit toksoplasmosis, rubella, virus saitomegalo, herpes, sifilis)
2.      paras alpha-1-antitrypsin dan genotyping
3.      ultrasound hepar
4.      biopsy hepar
5.      laparotomi apabila perlu

Operasi Kasai untuk atresia biliari mesti dilakukan secepat mungkin, (jikalau boleh sebelum mencapai umur 6 minggu) untuk berjaya. Jika tidak prognosis adalah fatal.
Hepatitis neonatal biasanya sembuh secara tersendiri tetapi sesetengah kes boleh berlanjutan menjadi cirrhosis hepar dan akhirnya kegagalan hepar dan kematian.

S14 : Apakah jaundis susu badan (breastfeeding jaundice)?

1.  Jaundis bayi yang menyusu susu badan (breastfeeding jaundice) : pada segolongan kecil bayi-bayi yang menerima susu badan terdapat elemen dehidrasi dan tidak cukup makan (underfeeding) terutamanya jika berat badan menurun melebihi 10% berat lahir. Ibu-ibu digalakkan memberi susu badan lebih kerap (setiap 1-2jam) dan memberi bayi glukos 5% (dengan sudu) jika SB terlalu tinggi. Fototerapi dimulakan bila diperlukan tertakluk kepada nilai SB.
2.  Jaundis susu badan (breastmilk jaundice): jaundis yang berpanjangan ini dikaitkan dengan jumlah non-esterified fatty acid (NEFA) pada susu badan sesetengah ibu. NEFA dipercayai mencegah konjugasi bilirubin, berlumba dengan bilirubin untuk ikatan dengan protein-protein Y dan Z dan meningkatan sirkulasi enterohepatik. Jika SB tidak mencapai paras bahaya, tiada rawatan diperlukan. Jika paras SB terlalu tinggi pemberhentian susu badan dan gantian dengan susu formula boleh mencepatkan penurunan paras serum bilirubin. Ibu-ibu mestilah diberitahu bahawa jaundis susu badan adalah tidak bahaya.

S15 : Bagaimana dengan cahaya matahari di dalam rawatan jaundis neonat?

Menjemur bayi dengan cahaya matahari tidak disyorkan kerana:
1.      Bayi-bayi mungkin mendapat kepanasan yang teruk jika terlalu lama dijemur.
2.      Jika bayi dijemur dengan jangkamasa yang pendek dengan matahari pagi sahaja ia tidaklah efektif.
3.      Ibu-ibu akan merasakan bayi mereka menerima rawatan yang cukup dan enggan membawa anak mereka ke hospital walaupun jaundis menjadi lebih teruk.
4.      Kulit bayi-bayi yang dijemur menjadi pudar oleh itu agak sukar untuk menentukan severity jaundis dan jaundis yang teruk di lindung.

Dr. Lim Nyok Ling
Diterjemah : Dr. Khairul Azman Mohd Khalid



  printer Printer-friendly version   printer Send link to a friend

Home | Disclaimer |  Sitemap | Contact Us | Credits |

©Copyright Malaysian Paediatric Association - MPA   2010    All rights reserved.